Kerjaya Vanessa Hudgens

2002–2005: Permulaan kerjaya

Bermula pada usia lapan tahun, Hudgens mengadakan persembahan di teater muzikal sebagai penyanyi, dan muncul dalam penerbitan tempatan Carousel, The Wizard of Oz, The King and I, The Music Man, dan Cinderella, dan yang lain.[9] Dua tahun selepas penglibatannya dalam pertunjukan pentas dan muzikal, beliau mula diujibakat untuk iklan dan prpgram televisyen, dan keluarganya berpindah ke Los Angeles selepas mendapat peranan dalam iklan televisyen.[8][10] Kerjaya lakonannya bermula pada usia 15 tahun, dan beliau menghadiri Orange County High School of the Arts untuk tempoh jangka pendek, diikuti oleh persekolahan rumah dengan pengajar.[11][12]

Hudgens mempunyai peranan lakonan pertamanya dalam episod sitkom Still Standing,[13] yang mana beliau melakonkan watak Tiffany.[14] Berikutan kemunculannya dalam siri itu, beliau menjadi bintang tamu dalam episod siri Robbery Homicide Division, disiarkan di CBS pada 2002. 2003 menyaksikan Hudgens membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem drama 2003 Thirteen, yang mana beliau memegang watak pembantu sebagai Noel. Filem yang berkisarkan tentang seorang remaja Tracy cuba untuk menyesuaikan diri dan terperangkap dalam orang yang salah, adalah sebahagian dari kejayaan komersial, berjaya meraih kutipan $ 10.000.000 seluruh dunia. Walaupun kejayaan kecil komersil, filem ini diterima positif dari ulasan kritikal. Ia mempunayi penarafan 82% di Rotten Tomatoes, dan USA Today menyifatkan Thirteen "saga belia yang berkuasa".[15] Hudgens kemudiannya melangkah ke peranan dalam filem cereka sains 2004 Thunderbirds, berdasarkan daripada siri TV dengan judul sama. Hudgens melakonkan watak Tin-tin. Filem ini merupakan satu kegagalan komersial dan dikritik kerana "mengabaikan konsep asal".[16][17]

2006–2008: High School Musical, V dan Identified

Hudgens mengadakan persembahan di High School Musical: The Concert pada 2007

Pada 2005, Hudgens diberi peranan sebagai Gabriella Montez, salah satu watak utama filem Disney Channel Original Movie High School Musical. Filem ini menyaksikan Hudgens memegang watak seorang pelajar baru di sekolah tinggi yang jatuh hati dengan kapten pasukan bola keranjang. Kedua-duanya mendedahkan keghairahan dalam nyanyian, dan ujibakat untuk pertunjukan sekolah bersama-sama. Hudgens membintanginya bersama Zac Efron dan Ashley Tisdale dalam filem itu,[18] kedua-dua mereka yang beliau bekerjasama semasa proses ujibakat kerana "keserasian" mereka.[19] Filem ini ditayangkan pada 20 Januari 2006 dan kedua-duanya merupakan satu kejayaan komersialm High School Musical merupakan salah satu filem Disney Channel yang paling ditonton pada tahun itu dengan jumlah 7.7 juta tontonan semasa tayangan perdanannya di AS, sehingga tayangan perdana filem The Cheetah Girls 2 pada Ogos, yang mencapai 8.1 juta tontonan.[20] Di UK, ia menerima 789,000 tontonan untuk tayangan perdananya (dan 1.2 juta tontonan keseluruhan pada minggu pertama), menjadikannya program kedua paling ditonton di Disney Channel (UK) pada 2006. Pada 29 Disember 2006, ia menjadi filem Disney Channel Original Movie kedua yang disiarkan di BBC.[21] Untuk filem, Hudgens merakamkan beberapa lagu yang meraih kejayaan komersial. Lagu "Breaking Free", duet bersama Zac Efron, hanya menduduki Top 10 hit di Billboard Hot 100, apabila mencapai nombor 4 di carta. Lagu ini juga mencapai nombor 9 9 UK, kemasukan carta tertingginya di negara itu. Berikutan kejayaan filem itu, Hudgens menerbitkan album sulungnya bertajuk V, yang dikeluarkan pada 26 September 2006. Album ini terjual sebanyak 34,000 salinan pada minggu pertama keluarannya, dan menduduki nombor 24 di carta Billboard 200 di Amerika Syarikat.[22] Pada Februari 2007, album ini menerima pensijilan emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika Syarikat (RIAA).[23] Sehingga Ogos 2009, album ini telah terjual sebanyak 570,000 salinan di A.S.[24] Album ini mempertaruhkan dua single "Come Back to Me" dan "Say OK", yang kedua-duanya berjaya di luar negara. Kedua-dua lagu ini juga dipromosikan di Disney Channel, dengan muzik video dua lagu ini disiarkan di saluran itu.

Hudgens di konsert pada Januari 2007

Pada 2007, karya untuk siri kedua filem High School Musical telah bermula, dan Hudgens telah disahkan akan kembali untuk kesinambungan filem itu. High School Musical 2 ditayangkan pada 17 Ogos 2007. Tayangan perdana telah ditonton oleh sejumlah 17.2 juta penonton di A.S., dimana hampir 10 juta lebih daripada pendahulunya, menjadikannya Filem Disney Channel yang tertinggi sepanjang masa.[25] Disney Channel menyiarkan rancangan mingguan bertajuk Road to High School Musical 2, bermula pada 8 Jun 2007, dan membawa kepada tayangan perdana filem High School Musical 2 pada Ogos. Siri ini menawarkan penonton di belakang tabir penerbitan filem ini. Tayangan perdana sedunia pembukaan "What Time Is It" disiarkan di Radio Disney pada 25 Mei 2007,[26] dan diikuti oleh "You Are The Music In Me" pada 13 Julai 2007.[27] Filem ini menrima ulasan dari pengkritik filem, meraih markah 77/100 di Metacritic,[28] sementara ia menerima ulasan bercampur 50% di Rotten Tomatoes.[29] Robert Bianco dari USA Today memberikan tiga daripada empat bintang untuk filem ini sambil berkata High School Musical 2 amat "manis, bijak, mengangumkan dengan bakat dan tenaga".[30] Sementara pengkritik menonton filem itu, mereka menyatakan bahawa masa tayangan perdana filem ini kelihatan ganjil, tayangan perdana hanya apabila sekolah akan bermula sekali lagi, manakala plot filem yang melibatkan kumpulan itu pergi bercuti musim panas.[31] High School Musical 2 memenangi anugerah "So Hot Right Now" di Nickelodeon Australian Kids' Choice Awards 2007 yang mana pelakon High School Musical, Zac Efron mengacarakannya bersama The Veronicas.

Pada 2007, Hudgens mula menerbitkan album keduanya, berikutan kejayaan francais High School Musical. Album studio keduaya, Identified, dikeluarkan pada 1 Julai 2008. Ia terjual 22,000 pada minggu pertama keluarannya, lebih kurang 12,000 daripada usaha terdahulunya.[32] Meskipun menjunam dalam jualannya, album ini menduduki nombor 23, tempat pertama daripada V.[33] Album ini mempertaruhkan hanya satu single, "Sneakernight", yang merupakan single nyanyiannya paling terendah di AS. Ia meraih kejayaan di carta Hot Dance Club Songs di AS, dimana ia menduduki nombor 8.[34] Berikutan kegagalan komersial album ini, ia telah diumumkan yang Hudgens telah keluar dari Hollywood Records. Hudgens akan melakonkan semula watak Gabriella dalam kesinambungan 2008 High School Musical 3: Senior Year, filem pertama dari francais itu yang akan ditayangkan. Ia menduduki nombor satu di carta pecah panggung Amerika Utara pada Oktober 2008, memperoleh $42 juta pada minggu pertamanya, yang memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Mamma Mia! untuk pembukaan terbesar oleh sebuah muzikal.[35] Filem ini meraih $252 juta di seluruh dunia, yang melangkaui jangkaan Disney's.[36]

2009–2014: Tumpuan kepada filem

Hudgens pada pelancaran MyHabit launch di Skylight West Studios pada Mei 2011

Berikutan kejayaan siri High School Musical, Hudgens mengesahkan yang beliau mahu berehat dari kerjayanya sebagai penyanyi untuk memberi lebih tumpuan pada kerjaya lakonannya.[37] Beliau memegang peranan undangan dalam komedi muzikal Bandslam, yang dikeluarkan pada 14 Ogos 2009.[38][39] Hudgens melakonkan watak "Sa5m", seorang remaja 15 tahun dengan bakatnya yang tidak diberi perhatian.[40] Biarpun Bandslam merupakan kegagalan komersial, persembahan Hudgens menerima pujian daripada pengkritik.[41] David Waddington dari North Wales Pioneer menulis bahawa Hudgens "memalapkan pelakon yang lain, gagal untuk menyesuaikan diri dengan naratif yang terkutuk dan membuat akhir yang klimaks yang tidak dapat dielakkan lebih dari dijangka",[42] dan Philip French dari The Guardian membandingkan lakonannya dengan Thandie Newton dan Dorothy Parker.[43] Hudgens kembali ke penerbitan teater dan membintangi muzikal Rent sebagai Mimi. Pementasan muzikal itu berlangsung pada 6–8 Ogos 2010 di Hollywood Bowl.[44] Penglibatannya di pementasan itu mengundang komen negatif, tetapi pengarah Neil Patrick Harris mempertahankan keputusannya untuk mengambil Hudgens dengan berkata, "Vanessa [Hudgens] seorang yang hebat. Seorang rakan. Saya bertanya kepadanya untuk hadir dan menyanyi untuk memastikan dia boleh melakukannya. Dan beliau memberikan kerjasama yang baik."[45]

Penglibatan Hudgens dalam filem Beastly, yang berdasarkan daripada novel dengan judul sama kary Alex Flinn telah diumumkan pada awal 2009.[46] Beliau melakonkan salah satu watak utama dalam filem itu, Linda Taylor. Hudgens menyifatkannya sebagai, "..."keindahan" cerita tetapi bukan kejelitaan stereotaip yang semua berfikir."[47] Bersama pelakon Beastly, Alex Pettyfer, Hudgens diiktira sebagai ShoWest Stars of Tomorrow.[48] Beastly, yang juga dibintangi oleh Mary-Kate Olsen, ditayangkan pada 4 Mac 2011. Beastly menerima banyak ulasan negatif, menerima penarafan 20% dari Rotten Tomatoes daripada 89 ulasan, dengan purata penarafan 3.7/10. Ia menerima kedudukan No. 45 di ramalan The Times "50 Biggest Movies of 2010".[49] Filem ini ditayangkan di ShoWest dan ia mendapat reaksi bersemangat dari orang ramai pada majlis makan tengah hari pegawai pameran.[50][51] Filem ini mencapai $28 juta di seluruh dunia sehingga 2012. Hudgens merupakan salah seorang pelakon utama wanita dalam filem aksi Sucker Punch arahan Zack Snyder.[52] Beliau melakonkan watak Blondie, seorang gadis yang ditempatkan di dalam suaka. Filem ini ditayangkan pada Mac 2011,[53] dan meraih $19 juta pada minggu pertama tayangan perdananya di Amerika Utara, menduduki nombor dua.[54] Pada hari terakhir tayangannya, Sucker Punch meraih kutipan $89 juta di seluruh dunia.[55] Walaupun kandungan filem itu telah diejek, ia menerima beberapa pengiktirafan bagi kesan visual urutan fantasi. Sucker Punch menerima pencalonan di 2011 Scream Awards untuk Best F/X, dan hasil aksi ngeri telah dicalonkan di Taurus Award.[56]

Hudgens di People’s Choice Awards 2012 People's Choice Awards

Pada Oktober 2010, Hudgens menyertai barisan pelakon filem Journey 2: The Mysterious Island (2012), sambungan kepada filem Journey to the Center of the Earth, bersama Dwayne Johnson dan Josh Hutcherson, memegang watak kekasih Hutcherson.[57] Filem ini meraih $325 juta di seluruh dunia semasa tayangannya,[58] yang mengalahkan pendahulunya.[59][60] Ia menerima ulasan bercampur kepada negatif daripada sebilangan pengkritik dan pengulas filem.[61][62] Konsensus dari Rotten Tomatoes ialah: "Agresif tidak bercita-cita, Journey 2 mungkin memberi keseronokan untuk penonton remaja, tetapi kebanyakan yang lain akan merasa terlalu sengit untuk penonton muda dan terlalu membosankan untuk orang dewasa".[61]

Pada November 2011, Hudgens mengumumkan di laman web rasminya yang beliau akan berlakon bersama Selena Gomez dan James Franco dalam filem Spring Breakers.[63] Filem ini berkisarkan empat gadis kolej yang mengambil keputusan untuk merompak restoran makanan segera dengan tujuan untuk membayar percutian musim luruh.[64] Ia ditayangkan pada Mac 2013,[65] menerima ulasan positif.[66][67] Filem ini menampilkan tema kematangan seperti penyalahgunaan dadah, jenayah seksual, dan keganasan.[68][69][70] Untuk mempromosikan filem, Hudgens kemudiannya mengeluarkan lagu yang dipengaruhi dubstep "$$$ex",[71] dengan muzik video menampilkan klip filem itu.[72] Lagu ini menampilkan vokal undangan dari YLA, dan diterbitkan oleh Rock Mafia.[73]

Pada April 2011, ia telah dilaporkan yang beliau akan membintangi filem Gimme Shelter bersama Brendan Fraser, tulisan dan arahan Ron Krauss.[74][75] Hudgens juga memegang watak Cindy Paulson dalam filem The Frozen Ground (2013), yang berdasarkan daripada kes Robert Hansen dimana beliau memegang watak satu-satunya mangsanya yang terselamat. Beliau membintanginya bersama John Cusack dan Nicolas Cage.[76]

2015–kini: Broadway dan Powerless

Pada 2015, Hudgens mengambil peranan bagi penerbitan terbaru Alan Jay Lerner dan Frederick Loewe, Gigi, yang diadakan di Pusat Kennedy dari 16 Januari sehingga 12 Februari[77] sebelum berhijrah ke Broadway pada 8 April.[78] Penerbitan itu ditutup pada 21 Jun.[79] Pada 31 Januari 2016, Hudgens berlakon dalam Grease: Live, siaran secara langsung Fox bagi muzikal asal Broadway.[80] Hudgens tujukan persebahannya kepada mendiang bapanya, Greg, yang meninggal dunia akibat kanser sehari sebelum penyiaran rancangan khas.[81]

Pada 2017, Hudgens merupakan salah seorang barisan pelakom siri komedi TV bertajuk Powerless, yang berdasarkan daripada watak DC Comics.[82] Ia dibatalkan selepas satu musim. Hudgens muncul dalam single 2017 Shawn Hook "Reminding Me". Kedua-duanya juga muncul dalam muzik video.[83] Hudgens bakal membintangi filem komedi Second Act, arahan Peter Segal.[84] Beliau juga muncul dalam filem Dog Days, di samping Finn Wolfhard dab Nina Dobrev, yang akan difilemkan pada lewat 2017.[85]

Rujukan

WikiPedia: Vanessa Hudgens http://music.ninemsn.com.au/blog.aspx?blogentryid=... http://www.dose.ca/story.html?id=3d340fa5-deeb-4cd... http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a11725126 http://www.accesshollywood.com/news/ah5483.shtml http://www.accesshollywood.com/twilight/taylor-lau... http://www.allmusic.com/artist/p761737 http://www.allure.com/magazine/2009/10/vanessa_hud... http://www.allvoices.com/contributed-news/7794466-... http://music.aol.com/artist/vanessa-hudgens/biogra... http://backseatcuddler.com/2009/06/16/2009-teen-ch...